- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama siri original gempak Scammer Geng Marhaban mulai 4 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis, pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 8 episod yang membawakan tema komedi heist ini merupakan terbitan syarikat The Pongkes Sdn. Bhd., diarhakan oleh Waan Hafiz dengan penulisan skrip daripada Sham Hashim.

Episod : 8
Tayangan : Gempak Original di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 4 Mei 2023 (Setiap Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : The Pongkes Sdn. Bhd.

Scammer Geng Marhaban

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Scammer Geng Marhaban seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn, Didi Astillah, Raja Azura, Zahid AF dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Amir Ahnaf sebagai Aidil
  • Lorenzo Irmann sebagai Adib
  • Qistina Khaled sebagai Maya
  • Watie Sadali sebagai Hjh. Quyah
  • Ozlynn Waty sebagai Mami Shery

Sinopsis Drama Scammer Geng Marhaban

Drama Scammer Geng Marhaban mengisahkan tentang dua beradik iaitu Aidil dan Adib yang mana mereka tidak sehaluan dan sering bertelagah antara satu sama lain.

Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.

Scammer Geng Marhaban
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here