Rasanya dah lama Astro tak keluarkan sebuah drama dengan genre siri aksi. Kali ini ianya didatangkan melalui drama Scammer yang akan menemui penonton bermula 24 Mei 2021 di Astro Ria.
Drama Scammer merupakan arahan Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu dengan dibarisi pelakon berpengalaman seperti Kamal Adli, Fasha Sandha dan Siti Saleha. Macam ada siri tipu-menipu la ni.
BACA : Drama Ahli Bapak Bapak Club Di Astro Ria
Episod : 20
Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Norhanisham Muhammad
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sadha, Arasha Mohd, Ahmad Iswazir Ismail, Brian Chan, Anuar Chew, Hasnul Rahmat Mustafa, Muaz Fitri, Didie Alias, Megat Sharizal, Tony Eusoff dan ramai lagi.
- Kamal Adli sebagai JOE
- Siti Saleha sebagai AMY
- Fasha Sandha sebagai NISA
- Arash Mohd sebagai RAZMAN
- Ahmad Iswazir Ismail sebagai FAWAZ
- Muaz Fitri sebagai KAHAR
- Tony Eusoff sebagai MALIK
- Hasnul Rahmat sebagai DARUS


Sinopsis Drama Scammer
Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit.
Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka. Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara.


Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.
Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan.
Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!
Waktu Tayangan
Drama Scammer akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria saluran 104 bermula 24 Mei ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.