Menyusuli Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti (Astro Ria), Scammer 2 akan mengisi slot Drama Jam 11 bermula 18 April 2022 yang bersiaran di Astro Ria.
Drama 24 episod Scammer kini sudah memasuki musim kedua yang mana penceritaan pastinya akan lebih mendebarkan dan ditambah pula dengan modus operandi yang disaluti dengan pelbagai cara dan emosi.
Radius One Sdn. Bhd. sekali lagi bertindak sebagai syarikat produksi untuk drama ini dan Norhanisham “Labu” Muhamad sebagai pengarah. Manakala Sham Hashim, Amin Shakib Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis dan Thaaqhib merupakan penulis skrip sepanjang penceritaan.
Episod : 24
Pengarah : Norhanisham “Labu” Muhamad
Ide Asal : Sham Hashim
Penulis Skrip : Sham Hashim, Amin Shakib Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis dan Thaaqhib
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon dan rakan artis yang membintangi drama kali ini seperti Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Iman Corinne Adrienne, Razzuan Rosli, Sharifah Sofia, Gobbinath Batumalai, Ainina Ahmad, Adam Darwisyh, Mathani Razak dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Beto Kusyairy sebagai Taqriz
- Zahiril Adzim sebagai Rudi
- Iman Corinne sebagai Muna
- Azwan Ali sebagai Hanif
- Farah Nabila sebagai Liya
Sinopsis Drama Scammer 2
Penceritaan bermula dengan Taqri yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah dimana dia telah menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka.
Dalam kejadian tersebut arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi iaitu kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa.
Sasaran Taqriz ialah Muna iaitu seorang pemilik syarikat hartanah dan Hanif, seorang peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam.
Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya iaitu seorang bekas scammer yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah tersebut.
Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya.
Daripada siasatan tersebut, satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar sebenarnya ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, ini termasuklah orang yang dekat dengan dirinya. Siapa agaknya ‘Scammer’ tersebut?


Waktu Bersiaran
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Scammer 2 bermula 18 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di Astro Ria 104.
Selain itu, jika terlepas anda boleh juga tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.