- advertisement -

Slot Akasia diteruskan lagi dengan sebuah drama tempata terbaru berjudul Sayang Tak Dikenang yang akan mula bersiaran pada 4 Mac 2022 di TV3 dan tayangan di platform penstriman Disney+ Hotstar bagi menggantikan 3 Nota Cinta.

Drama arahan Feroz Kader ini merupakan adaptasi novel ‘Sayang Tak Dikenang’ karya Wazrul Shah yang mana bakal menampilkan gandingan pelakon hebat Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib & Mia Marziah
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

sayang tak dikenang

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon popular Malaysia yang terlibat ialah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Andy Teh, Riz Amin, Meor Mohd, Mimie Amirah, Jasmine Ashraff, Kak Girl dan ramai lagi. 

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
  • Ruhainies sebagai Ayu Izhani
  • Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
  • Andy Teh sebagai Erick
  • Sera Melissa sebagai Amalin
  • Riz Amin sebagai Omar
  • Meor Mohd sebagai Aakif
  • Mimie Amirah sebagai Nazneen
  • Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
  • Kak Girl sebagai Roslaini

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang

Drama Sayang Tak Dikenang mengisahkan tentang Ayu Izhani dan Hattin Isabella, dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama.

Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.

Dalam pada itu, Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.

Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 

Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya.

  • sayang tak dikenang
  • sayang tak dikenang

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Sayang Tak Dikenang bermula 4 Mac ini, setiap Isnin hingga Ahad (setiap hari), pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di platform penstriman Disney+ Hotstar lebih awal berbanding tayangan di tv. Langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here