- advertisement -

Drama Sabarlah Duhai Hati merupakan drama bersiri televisyen Malaysia yang akan mula ditayangkan bermula 28 April 2021 melalui slot Akasia TV3 dan juga secara online di iQIYI Malaysia. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu sebelum ini.

Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Sabarlah Duhai Hati‘ karya Mimie Afinie yang telah diterbitkan pada tahun 2015.

- advertisement -

Antara pelakon utama yang membarisi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah dan ramai lagi. Pastinya dengan barisan pelakon yang hebat ini akan memberikan jalan cerita yang lebih mantap

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia TV dan aplikasi iQIYI Malaysia
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Dayang Kartinah
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

sabarlah duhai hati

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah, Iman Suhana, Aiman Badrul, Datin Fadilah Mansor, Emelda Rosemila dan ramai lagi.

  • Amyra Rosli sebagai SYAFIRA/FIRA
  • Saharul Ridzwan sebagai AFFAN

Sinopsi Drama Sabarlah Duhai Hati

Nur Syafira (Amyra Rosli) di mana setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecilnya, Danish yang sebelum ini sangat dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan (Saharul Ridzwan) telah memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba untuk mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

  • sabarlah duhai hati
  • sabarlah duhai hati
  • sabarlah duhai hati

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Adakah Affan mencari Fira? Atau membiarkan dia pergi dan berkahwin dengan wanita pilihan opahnya?

Jangan lupa saksikan episod penuh drama Sabarlah Duhai Hati yang disiarkan di TV3.

Waktu Siaran

Drama Sabarlah Duhai Hati akan menemui penonton setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di slot Akasia TV3 mulai 28 April ini.

sabarlah duhai hati

Anda juga boleh strim sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pukul 8 malam di aplikasi iQIYI Malaysia yang boleh dimuat-turun atau melalui website www.iq.com secara percuma

Tonton Kesemua Episod Drama Sabarlah Duhai Hati

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here