Jangan lupa saksikan drama Roti Cicah Susu yang akan menemui penonton bermula 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di astrogo.astro.com.my
Drama yang diinspirasikan daripada novel Roti Cicah Susu karya Liza Nur ini bakal bersiaran bagi menggantikan drama sebelumnya Bukan Pi Mai Pi Mai.
Episod : –
Tayangan : Saluran Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 10 Oktober 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu: 11.00 Malam
Penulis Skrip : Ayuni Zamani
Pengarah : Azman Hj Yahya & Sheila Rusly
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Haneesya Hanee, Farahdhiya, Aida Aris, Safwan Nazri, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi, Hazeeq Dean, Fad Anuar dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Haneesya Hanee sebagai Umaira
- Farahdhiya sebagai Arissa
- Aida Aris sebagai Ratna
- Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
- Safwan Nazri sebagai Lutfi
- Afifah Nasir sebagai Hernani
- Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail
Sinopsis Drama Roti Cicah Susu
Drama Roti Cicah Susu mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa iaitu Umaira, Elmiyya, Arissan dan Aiman.
Namun begitu, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak dan rumah tersebut terpaksa ditutup.
Selepas 15 tahun , mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.





