- advertisement -

Sebulan lagi drama terbaru berjudul Rindu Yang Hilang akan mengisi slot Qalbu yang akan menemui penonton bermula 22 Mac 2022 di TV Alhijrah bagi menggantikan drama Janji Pada Hati.

Drama siri ini merupakan terbitan Bright Network Sdn. Bhd. daripada pengarah Mior Hashim Manaf serta hasil nukilan skrip oleh Deen Ali.

Episod : 13
Tayangan : Slot Qalbu TV Alhijrah
Pengarah : Mior Hashim Manap
Penulis Skrip : Deen Ali
Penerbit : YM Raja Alawiah Idris & Wan Nadirah Mansor
Produksi : Bright Network Sdn. Bhd.

rindu yang hilang

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah Laila Nasir, Aman Shah, Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz, Hyeley, Aishah Azman, Syazrul Aisy, Ellyas Abdullah, Qazem Nor, Kuza Muzani, Halema Naim dan ramai lagi.

- advertisement -

Sinopsis Drama Rindu Yang Hilang

Drama Rindu Yang Hilang mengisahkan tentang kesedihan dan kekecewaan yang dipendam oleh seorang isteri dan juga ibu apabila kasih sayang yang dicurahkan telah dipersia-siakan.

Bukan itu sahaja, dia juga dipermainkan oleh suaminya manakala anak menantu juga tidak menghormati perasaan seorang ibu selain mengambil banyak kesempatan dari kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

rindu yang hilang

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Rindu Yang Hilang bermula 22 Mac ini, setiap hari Isnin dan Selasa pada pukul 6.00 petang di slot Qalbu di TV Alhijrah (Astro 114 dan Myfreeview 114)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here