Jangan lupa saksikan drama Rindu Kasih yang akan menemui penonton mulai 16 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan secara online di wwwhotstar.com
Drama bukan adaptasi novel ini bakal disiarkan selepas rama Suri Hati tamat pada 15 November 2022.
Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 16 November 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah : Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya)
Produksi : P&D Pictures Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nafiz Muaz, Amyza Aznan, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Ayu Azlina, Elly Suhaili, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Izzue Islam sebagai Amir
- Ummi Nazeera sebagai Salina
- Nafiz Muaz sebagai Hisham
- Amyza Aznan sebagai Shida
- Arash Mohd sebagai Khalid
- Shazia Rozaini sebagai Huda
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
- Ezzaty Abdullah sebagai Murni
OST Drama
Tajuk Lagu : Retak
Penyanyi : Aqeesh Aleeya
Komposer : Firdaus Rahmat
Penulis Lirik : Firdaus Rahmat & Arisz Ab Rahman
Sinopsis Drama Rindu Kasih
Drama Rindu Kasih bermula dengan perjalanan kehidupan Khalid bersama anaknya Salina. Khalid menjadi tidak tentu arah apabila isterinya, Shida meninggalkannya bersama anak yang hanya beberapa bulan. Disebabkan itu, Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil.
Sedar daripada pengsan, Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya. Dari situlah Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina.



