- advertisement -

Nampaknya sebuah lagi masterpiece daripada Siti Rosmizah, drama Rindu Awak Separuh Nyawa akan disiarkan di kaca tv iaitu di Astro Ria bermula 23 Mac 2021.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Siri Rosmizah yang diterbitkan pada tahun 2016. Novel ini juga merupakan antara best seller ketika itu dan rata-rata kini teruja bagaimana novel ini akan diangkat menjadi sebuah drama selepas ini.

Drama ini buat pertama kali akan mengandingkan Syukri Yahaya dan Uqasha Senrose sebagai watak utama. Tidak cukup dengan drama Perempuan Tanpa Dosa dimana Uqasha membawa watak penuh dengan emosi, kali ini beliau kembali juga membawa watak sebagai Kasih Maisara juga penuh dengan emosi.

Episod : 40 (tambah lagi 8 episod)
Tayangan : Megadrama Astro Ria
Pengarah : Along Kamaludin
Penerbit : Siti Rosmizah
Penulis Skrip : Siti Rosmizah, Rozie Rashid dan Amka Ahmad
Terbitan : SR One Sdn. Bhd.
Pelakon : Uqasha Senrose, Syukri Yahaya, Marsha Milan, Fizo Omar, Aida Khalida, Fiza Thomas, Norkhiriah, Aleza Shadan, Balkisyh Semundar Khan, Khairil Anwar Aman, Noreen Iman dan ramai lagi

- advertisement -
rindu awak separuh nyawa

OST Drama

Lagu : Rindu Awak Separuh Nyawa
Penyanyi : Vanessa Reynauld dan Naqiu
Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yang menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan ayahnya merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

rindu awak separuh nyawa

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka terjadi apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini.

Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

rindu awak separuh nyawa

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa.

Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka? Saksikan nanti di Astro Ria

rindu awak separuh nyawa

Waktu Bersiaran

Pasti sudah ramai yang teruja. Jangan jangan lupa saksikan ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 23 Mac 2021 menerusi slot Megadrama di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Selain itu, anda boleh strim secara On Demand atau melalui Astro Go.

Tonton Episod Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here