Drama Ratu Ten Pin akan menggantikan drama Scammer yang telah pun tamat sebelum ini. Drama ini akan mula bersiaran pada 28 Jun 2021 di Astro Ria. Sebuah drama bersiri Malaysia yang mengangkat tema sukan boling dalam cerita ini.
Jika sebelum ini Scammer menjadi bualan hangat para penonton dengan jalan cerita yang tidak cliche, barisan pelakon yang hebat dan sinematografik yang menarik. Kali ini sebuah lagi drama yang pastinya tidak cliche cerita cinta dengan tema sukan yang diangkat dan pastinya memberikan lagi sebuah drama yang hebat.
Yang paling best sekali apabila bekas pemain boling kebangsaan, Syaidatul Afifah juga turut menjadi salah seorang pelakon dan watak utama dalam drama ini. Beliau memegang watak Sandra yang berlagak, sombong, acah diva dan suka mengamuk.


Episod : 16
Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Penasihat : Shalin Zulkifli
Penerbit : JS Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Nur Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fifiy Azmi, Nazim Othman, Esma Daniel, Lisdawati, Aleeza Kasim, Sheila Rusly, Dazrin Kamarudin, Wani Kayrie, Eizlan Yusof dan ramai lagi.
- Elisya Sandha sebagai NORMA
- Syaidatul Afifah sebagai SANDRA
- Fify Azmi sebagai REEZS
- Lisdawati sebagai MAZNAH
- Nasz Sally sebagai NURIN
- Wani Kayrie sebagai SUZANA
- Esma Daniel sebagai RAZAK
- Nazim Othman sebagai ARIEF
- Sheila Rusly sebagai MARIA
Sinopsis Drama Ratu Ten Pin
Drama Ratu Ten Pin mengisahkan 3 remaja wanita yang mengejar impian dan gelaran Ratu Tenpin Negara. Seorang jaguh kampung balik botol kaca menggunakan kelapa, seorang anak bekas juara kebangsaan dan seorang lagi juara Remaja yang ada latar belakang tak seindah yang disangka.
Dapatkah mereka ke peringkat Kebangsaan sekali gus mengharumkan nama negara dalam drama ini? Anda kena saksikan cerita ini sehingga tamat.
Waktu Tayangan
Drama Ratu Ten Pin akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria mulai 28 Jun ini. Anda juga saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan juga di Ultra Box.