- advertisement -

Musim kedua akan bersambung dimana drama Ratu Ten Pin 2 Shalin akan menemui penonton bermula 11 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di Astro Ria atau tonton di Astro Go.

Musim terbaru kali ini lebih menarik berbanding ‘Ratu Ten Pin’ apabila jalan cerita diinspirasikan daripada kisah hidup ratu bolong negera, Shalin Zulkifli.

Episod : 20
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 11 Julai 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 11.00 Malam
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama musim terbaru kali ini seperti Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato’ Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Jasmine Suraya sebagai Shalin
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Sheila Rusly sebagai Mem Maria
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Wani Kayrie sebagai Suzana

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin

Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin mengisahkan tentang Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here