- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama siri original Rampas Cintaku yang akan menemui penonton mulai 23 September 2022 setiap hari Jumaat dan Sabtu menerusi platform penstriman iQIYI di www.iq.com/local atau boleh terus ke pautan ini.

Drama ini boleh ditonton terus bagi pengguna VIP. Manakala tonton secara percuma hanya selepas 48 jam ditayangkan. Jadi boleh langgan dengan harga serendah RM11.90 sebulan.

Naskah ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk ‘Rampas Cintamu’ karya Puteri Jacaranda yang telah diterbitkan NovelPlus pada tahun 2020.

Episod : 15
Tayangan : Siri Original di iQIYI
Tarikh : Mulai 23 September 2022 (Jumaat & Sabtu)
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Productions Sdn. Bhd.

- advertisement -

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Afieq Shazwan, Fasha Sandha, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Datin Fadhilah Mansor, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Aidil Aziz sebagai Sharul

Sinopsis Drama Rampas Cintaku

Drama Rampas Cintaku mengisahkan tentang kisah Rizal iaitu jejaka muda yang terpaksa menanggung adiknya Rina dan ibu saudaranya, Mak Ngah. Dia juga terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan ‘ah long’.

Disebabkan itu, Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata-mata mahu membayar hutang yang dipinjam dan dari situlah dia membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi dengan mengikut kawan baiknya, Ashraf.

Dari sinilah, Rizal bertemu dengan ahli perniagaan yang juga wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri.

Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here