- advertisement -

Gempak Original Series memperkenalkan drama siri Ramadan Pertama Edi yang akan mula bersiaran pada 31 Mac 2021 eksklusif di Astro Ria bagi menggantikan drama The Maid sebelum ini.

Nampaknya kita akan boleh tengok semula Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi) kembali ke kaca tv dan berlakon dalam drama ini. Pastinya akan meriah dan kecoh la drama ni nantikan. Selain itu, ada juga Redza Rosli, Mimi Lana, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Tayangan : Gempak Original Series di Astro Ria
Pengarah : Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Hakimie
Terbitan : Yureka Films dan Astro Gempak
Pelakon : Redza Rosli, Mimi Landa, Datuk Aznil Hj Nawawi, Elly Mazlein, Raja Azura, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi

  • Redza Rosli sebagai EDI
  • Mimi Lana sebagai NAD
  • Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai Pak Sobri
  • Elly Mazlein sebagai NAEMAH
  • Raja Azura sebagai USTAZAH MUNA
  • Abon sebagai YAYAN
ramadan pertama edi

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi

Siri Ramadan Pertama Edi menceritakan mengenai Edi yang baru sahaja kahwin dengan Nad dan bakal meraikan Ramadan pertamanya sebagai suami isteri di rumah bapa mertuanya, Pak Sobri.

- advertisement -

Banyak situasi janggal berlaku sewaktu dia di sana sehingga mereka tersangkut kerana PKP. Edi yang sukar hendak puasa penuh, terpaksa bertahan dari makan. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Dapatkah Edi memikat hati bapa mertuanya?

Waktu Tayangan

Gempak Original Series, Ramadan Pertama Edi akan mula bersiaran pada 31 Mac 2021, setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104). Jika tidak sempat, terlepas tengok atau ingin tonton semula, boleh saksikan melalui On Demand atau di aplikasi Astro Go

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here