- advertisement -

Untuk yang merindui PKH, TV3 sekali lagi menayangkan drama Pujaan Hati Kanda bermula 3 Mac 2021 ini bagi menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim. Drama yang pernah ditayangkan di tv3 sebelum dan menjadi antara jumlah penonton yang ramai pada tahun 2018.

Drama Pujaan Hati Kanda merupakan drama adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Aulia Iman yang diterbitkan pada tahun 2016. Mungkin drama ini diminati sebelum ini kerana adanya Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama cerita ini.

Tayangan : 28 episod di Slot Akasia (TV3)
Pengarah :

Tayangan : TV3 (Slot Akasia)
Pengarah : Eoon Shuhaimi
Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
Penerbit : Arisz Ab Rahman
Terbitan : Mache All Star United
Pelakon : Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand ,Aydeen Mikael, Azar Azmi, Syazwan Zulkifli, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P. Ramlee, Reen Rahim dan ramai lagi

- advertisement -

OST Drama

Lagu : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lirik : Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna

pujaan hati kanda

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.

Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah ‘hadiah’ iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Waktu Siaran

Peminat Mira Filzah yang merindui lakonan beliau sejak berkahwin, boleh la saksikan drama Pujaan Hati Kanda yang akan disiarkan bermula 3 Mac ini. Saksikan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 7 malam di TV3 melalui slot Akasia atau strim secara online di Tonton. Boleh juga saksikan di Youtube TV3 Malaysia.

Saksikan Semua Episod Drama Pujaan Hati Kanda

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here