Slot Drama On 2 membawakan sebuah drama siri terbaru berjudul Primadona Makyung Bedah yang akan mula disiarkan pada 13 Januari 2022 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV2.
BACA : Saksikan Telefilem Si Pencuri Hati Di (Drama On 2) TV2
Naskhah arahan Sharidan Popeye ini merupakan adaptasi novel ‘Nasi Puteh, Air Kosong’ karya Fida Rohani yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Kini dibawa ke dunia lakonan untuk tontonan ramai.
Episod : 13
Pengarah : Sharidan Popeye
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan
Penerbit : Siti Roziana Rosely
Produksi : Green Nova Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Laila Nasir, Catriana Ross, Hazman Idrus, Afiq Muiz, Zalfa Zin, Ezzanie Jasny, Nazeera Sardi, Amri Aziz Nynaa Harizal, Danish Hazriq dan ramai lagi.
- Laila Nasir sebagai MAKYUNG BEDAH
- Catriana Ross sebagai SEMAH
- Hazman Idrus sebagai IMRAN
- Afiq Muiz sebagai AZMAN
- Zalfa Zin sebagai MARYAM
- Ezzanie Jasny sebagai SURIA


Sinopsis Drama Primadona Makyung Bedah
Drama Primadona Makyung Bedah mengisahkan watak Bedah yang merupakan seorang primadona Makyung yang disisihkan oleh 3 orang anaknya selepas kematian suaminya.
Disebabkan itu, Bedah terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk meneruskan kelangsungan hidup sehari-hari tanpa bantuan orang lain terutamanya anak-anaknya.


Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Primadona Makyung Bedah yang akan bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 8.00 malam di TV2 bermula 13 Januari ini.
Selain itu, jika anda juga boleh tonton secara online di portal RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.