- advertisement -

Selepas tayangan drama siri daripada Singapura melalui Forensik sebelum ini, kali ini Astro Citra membawa sebuah drama Pretty Little Liars yang merupakan sebuah drama dari seberang dari Indonesia untuk tontonan di Malaysia.

Drama ini original berasal dan popular di Hollywood dan kemudian diadaptasi versi Indonesia. Pretty Little Liars merupakan sebuah siri novel dengan tajuk yang sama karya Sara Shepard dan kemudian dibawa ke dunia lakonan.

- advertisement -

Judul : Pretty Little Liars
Episod : 10
Pengarah : Emil Heradi
Penerbit : Darius Sinathrya dan Grace Whent
Produksi : Cinema Collectiva

Pretty Little Liars

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membintangi drama Pretty Little Liars seperti Shindy Huang, Anya Geraldine, Eyka Farhana, Valerie Thomas, Yuki Kato, Wulan Guritno, Tarra Budiman, Naufal Samudra, Jennifer Coppen, Cindy Nirmala dan ramai lagi.

  • Shindy Huang sebagai ARIA
  • Anya Geraldine sebagai HANNA
  • Eyka Farhana sebagai EMA
  • Valerie Thomas sebagai SABRINA
  • Yuki Kato sebagai ALISSA
  • Wulan Guritno sebagai AMIRA
  • Tarra Budiman sebagai ERIC
  • Naufal Samudra sebagai MAHESA
  • Jennifer Coppen sebagai MONA
  • Cindy Nirmala sebagai JIHAN

Sinopsis Drama Pretty Little Liars

Drama Pretty Little Liars mengisahkan tentang 5 sahabat baik, Aria, Emma, Hanna, Sabrina dan Alissa yang merupakan gadis paling popular di Universiti Amerta.

Pada malam graduasi, mereka berpesta di rumah Sabrina. Tetapi ketika mereka bangun, mereka dapati Alissa telah hilang. Setahun kemudian, kehidupan Aria, Hanna, Sabrina dan Emma diganggu dengan mesej ugutan yang menyalahkan mereka tentang satu rahsia yang hanya diketahui oleh Alissa.

  • Pretty Little Liars
  • Pretty Little Liars

Pengirim mesej-mesej itu menggelarkan dirinya ‘A’. Mereka yakin bahawa si ‘A’ adalah Alissa yang telah hilang setahun lalu dan cuba mengusik mereka berempat. Namun, tekaan mereka terus menjadi tanda tanya apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang vila miliknya.

Persoalannya, siapakah yang membunuh Alissa? Dan jika Alissa telah mati, siapakah ‘A’?

Waktu Tayangan

Drama Pretty Little Liars telah pun mula ditayangkan pada 5 Julai yang lalu untuk episod pertama. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra HD saluran 108 dan Astro Go.

Selain itu, jika anda tiada Astro, anda boleh tonton secara online menerusi aplikasi Viu Malaysia dan anda perlu langgan akaun VIP terlebih dahulu dengan harga serendah RM12.90 sebulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here