- advertisement -

Selepas tamat Tetuan Ang & Rahimin, slot drama Jam 11 diteruskan lagi dengan drama terbaru iaitu Pok Ya Cong Codei Memburu Siti yang akan mula bersiaran pada 21 Mac 2022 di Astro Ria.

Jika sebelum ini Sabri Yunus terkenal dengan buah tangan telefilem Pok Ya Cong Codei dan Pok Ya Cong Codei Siti Dihati yang mana kali ini tampil berbeza apabila dihasilkan drama siri pula untuk tontonan ramai.

Episod : 16
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Produksi: Porcupine Sdn Bhd dan Heritage Movies Sdn Bhd

Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Pok Ya Cong Codei terbaru ini ialah Sabri Yunus, Wan Hanafisu, Eman Manan, Zee Khan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Sabri Yunus sebagai Pok Ya
  • Wan Hanafisu sebagai Mamat Ketuk
  • Zee Khan sebagai Siti
  • Eman Manan sebagai Muda Primula
  • Farid Kamil sebagai JJ
  • Saidi Sabri sebagai Halim
  • Issey Fazlisham sebagai Rosit
  • Azizul Ammar sebagai Mada
  • Shazia Rozani sebagai Sara
  • Angeline Tan sebagai Misses Liew

Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Drama Pok Ya Cong Code: Memburu Siti merupakan kesinambungan daripada Pok Ya Cong Codei Siti Dihati dimana Pok Ya baru sahaja bernikah dengan isteri barunya, Siti.

Kemudian dia terpaksa datang ke Kuala Lumpur daripada Kelantan untuk mencari anak seorang Datuk yang katanya telah dilarikan orang. Disebabkan kerja tersebut, Pok Ya terpaksa meninggalkan Siti berseorangan di kampung.

Selepas selesai urusan di Kuala Lumpur, Pok Ya pulang ke kampung untuk menemui isterinya. Namun begitu, sebaik sampai di rumah, didapati Siti telah tiada yang mana Pok Ya menganggapkan Siti melarikan diri.

Jadi kali ini, Pok Ya kembali ke Kuala Lumpur untuk memburu Siti. Sebelum ini ramai tanya ke mana Siti hilang. Pok Ya yang tahu Siti ada di Kuala Lumpur dan hamilkan anaknya. Malah Pok Ya berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

  • Pok Ya Cong Codei Memburu Siti
  • Pok Ya Cong Codei Memburu Siti
  • Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Waktu Bersiaran

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti akan menemui penonton bermula 21 Mac ini yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam di saluran Astro Ria 104.

Selain itu, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Stora atau App Store secara percuma untuk pelanggan Astro.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here