- advertisement -

Slot Akasia diteruskan lagi untuk minggu ini apabila drama Perisik Cinta Tak Diundang akan mengisi kekosongan drama Shah Alam 40000 bermula 21 September 2021 di saluran TV3 dan penstriman di Viu Malaysia.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Perisik Cinta Tak Diundang’ karya Puteri Aqish terbitan tahun 2018. Anda boleh dapatkan novel ini secara online di halama Shopee.

Kali ini ianya dibawa ke kaca tv ke dalam drama yang diarahkan oleh Azmi Hata dengan gandingan terbaru antara Andi Bernadee dan Shiha Zikir.

perisik cinta tak diundang

Episod : 12
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan Viu Malaysia
Pengarah : Azmi Hata
Penerbit : Jaspal S. Korotana
Produksi : OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Andi Bernadeen, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wani Kayrie, Salina Saibi, Esma Daniel dan ramai lagi.

- advertisement -
  • Andi Bernadee sebagai Niyaz
  • Shiha Zikir sebagai Medina
  • Hafidz Roshdi sebagai Firas
  • Bella Astillah sebagai Erianna
  • Wani Kayrie sebagai Anida
  • Salina Saibi sebagai Hanim
  • Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin

OST Drama

Lagu : Bebas
Penyanyi : Sissy Iman
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King

Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang

‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras.
“Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan.
“Nak tanya apa?”
“Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?”
Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui?

“Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” – Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” – Medina

“Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?

Waktu Tayangan

Drama Perisik Tak Diundang akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim secara online di Viu Malaysia bermula jam 8.00 malam.

Tonton Semua Episod Drama Perisik Cinta Tak Diundang

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here