Yeahh! Nampakanya Awesome TV akan menyiarkan sebuah drama siri melayu baru iaitu Penghulu Interim yang akan mula bersiaran pada 31 Julai 2021 menerusi slot Dramedi.
BACA : Saksikan Drama Cik Serba Tahu Di Awesome TV (Dramatix)
Drama arahan Khan Mancung ini menampilkan barisan pelakon hebat bagi peneraju utama seperti Beto Kusyairy, Nadia Nisaa, Roy Azman, Issey Fazlisham, Natasha Charmaine dan ramai lagi. Sebuah genre komedi akan pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi.


Episod : 24
Tayangan : Slot Dramedi di Awesome TV
Pengarah : Khan Mancung (Jamal Khan)
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Penerbit : Issey & Hana Farahin
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Beto Kusyairy, Nadia Nisaa, Roy Azman, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Rosli Rahman Adam, Nizam Kama, Kamarool Hj Yusoff, Dayang Areeda, Rayza Mukmin, Kechik Azri, Amy Nawari, Silfeny Osman, Qazem Nor, Izzy Reef, Chemat, Ebby Yus dan ramai lagi
- Beto Kusyairy sebagai Borhan
- Nadia Nisaa sebagai Izzah
- Natasha Charmaine sebagai Siti
- Issey Fazlisham sebagai Zul Speaker
- Nizam Kama sebagai Pepol
- Rayza Mukmin sebagai Saparudin
- Roy Azman sebagai Kasim
- Rosli Rahman Adam Pak Abu
Sinopsis Drama Penghulu Interim
Drama Penghulu Interim mengisahkan masyarakat bandar yang tinggal di kawasan apartment. Borhan merupakan seorang technician kilang bersama isterinya Izzah seorang nurse hospital kerajaan.
Mereka mengalami krisis rumahtangga, sementara Borhan baru dilantik sebagai Pengerusi JKK baru tempat itu menggantikan Pak Ladin yang koma pasal banyak sangat hisap rokok.
Borhan dicemburui oleh Kasim seorang peniaga buah dan Zul Speaker seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujur ada Pak Abu Pencen selaku bendahari JKK.
Siapakan yang akan menjadi penghulu Interim di Flat Sri Kenanga ini nanti? Jangan lupa saksikan semua episod drama ni keh
Waktu Siaran
Drama Penghulu Interim akan bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112 bermula 31 Julai ini. Selain itu, anda juga boleh saksikan menerusi laman portal Awesome TV di www.awesometv.my