Jangan lupa saksikan drama One Cent Thief yang akan menemui penonton mulai 8 Oktober 2022, setiap hari Sabtu pada pukul 11.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.
Drama bersiri Astro Originals ini diinspirasikan daripada kejadian sebenar yang pernah berlaku di Malaysia ketika era 90-an dahulu yang berkisahkan tentang sebuah rompakan siber bernilai 1 sen.
Episod : 8
Tayangan : Saluran Astro Ria 104 (Astro Originals)
Tarikh : Mulai 8 Oktober 2022 (Setiap Sabtu)
Waktu : 11.00 Malam
Idea Asal : Alfie Palermo
Penulis Skrip : Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain & Zaim Zakki
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd. & Independent Pictures Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Aleza Shadan, Carmen Soo dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
- Faizal Hussein sebagai Abah
- Azira Shafinaz sebagai Intan
- Fabian Loo sebagai Ash Lee
- Sofia Jane sebagai Ibu Zara
- Amerul Affendi sebagai Kadak
- Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
OST Drama
Tajuk : Diskusi
Penyanyi : Lil J & Putera Muhammad
Komposer : Amy Bong & Wan Saleh
Penulis Lirik : Amy Bong, Ateh Zack & Lil J
Sinopsis Drama One Cent Thief
Drama One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah iaitu seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram.
Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Binta Bank untuk mencuri 1 sen daripada setiap akaun pelanggan bank tersebut. Disebabkan itu, dia berjaya mendapatkan sejumlah wang yang besar.
Akan tetapi, disebabkan perbuatanya tersebut ianya telah membawa mereka ke situasi dan keadaan yang semakin membahayakan. Apakah yang terjadi kepada ‘hacker’ Iman Shah pada akhirnya?





