- advertisement -

Sebuah drama melayu terbaru tayangan televisyen tempatan berjudul Oh My Hantaran akan menggantikan drama Mr Millennium di slot Diandra TV9 bermula 29 Disember 2021.

Drama yang julung kalinya menampilkan gandingan ahli kumpulan K-Clique yang kini semakin meningkat naik dalam bidang lakonan iaitu Noki dan MK bertemu dalam sebuah naskhah cinta komedi yang sama arahan Shuhaimi Lua.

Episod : 20
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : MF Kencana
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pelakon : Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique, Anna Jobling, Alif Hadi, Syazlin Zainal, Haziq Haiqal, Syarafi Sudarmaji, Faizal Hussein, Kak Girl, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi

  • Noki K-Clique sebagai MAIL
  • Elisya Sandha sebagai MIRA
  • MK K-Clique sebagai RIZAL
  • Anna Jobling sebagai ALIA
  • Alif Hadi sebagai EMI
  • Syazlin Zainal sebagai SYIKIN
  • Syarafi Sudarmaji sebagai FARISH
oh my hantaran

OST Drama

Judul : Payung Pelangi
Penyanyi : Noki K-Clique & MK K-Clique
Komposer : Noki K-Clique & MK K-Clique
Lirik : Noki K-Clique & MK K-Clique

- advertisement -

Sinopsis Drama Oh My Hantaran

Oh My Hantaran mengisahkan Mira yang merupakan gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail, seorang pemuda kampung yang rajin bekerja bersama Pak Hassan yang telah dianggap sebagai ayah.

Walaupun mereka saling menyayangi, namun hubungan mereka tidak direstui oleh Ayahnya iaitu Encik Sabri. Ini kerana, ayahnya berharap Mira akan berkahwin dengan anak ketua kampung iaitu Rizal.

Manakan tidak, Rizal seorang anak orang kaya yang bakal mewarisi tanah dan perniagaan bapanya malahan berkelulusan ijazah universiti lagi. Namun begitu, sebenarnya Rizal adalah seorang gangster kampung yang berlagak baik di depan orang tua.

oh my hantaran

Penceritaan bermula apabila Encik Sabri bersetuju menerima Mail sebagai menantu dan berkahwin dengan Mira tetapi Mail perlu menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dan masa sebulan.

Oleh itu, Mail terus berusaha untuk mengumpul jumlah duit yang banyak itu dalam tempoh yang singkat demi memperisterikan Mira.

Mail sepertinya temui jalan buntu untuk mengumpul wang sebegitu banyak dalam tempoh yang singkat. Disebabkan itu, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Ayahnya berjanji akan menolongnya, tetapi Mail perlu mendapatkan kembali wang ayahnya dari para penghutang. Dengan itu, ayahnya akan memberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya di kumpulkan.

Disinilah bermula cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam tempoh yang segera. Kerja yang dibuat ini, tidak dimaklumkan oleh Mira dan dilakukan tanpa pengetahuan bakal isterinya tersebut.

Jadi adakah akhirnya Mail akan berjaya mengumpul wang hantaran tersebut dan kecapi kebahagian bersama Mira? Atau adakah ianya akan jatuh ke tangan Rizal?

  • oh my hantaran
  • oh my hantaran

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Oh My Hantaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam di slot Diandra di TV9 bermula 29 Disember ini. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton.

Selain itu, anda boleh saksikan secara On Demand menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar untuk hari yang sama malahan tayangan lebih awal. Jadi jangan lupa langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here