- advertisement -

Istimewa Ramadan ini, Astro akan bawakan mini drama khas berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta yang akan menemui penonton bermula 3 April 2022 di saluran Astro Ria.

BACA : Tonton Drama Jangan Menangis Cinta (Slot Megadrama Astro Ria)

Drama ini lebih kepada jalan cerita yang memberi kesedaran kepada penonton mengenai isu keganasan rumah tangga yang berlaku sama ada keganasan terhadap wanita dan juga penindasan kepada kaum lelaki.

Selain itu, penonton juga dapat belajar dimana penderaan yang berlaku bukan sahaja melalui fizikal tetapi juga penderaan mental seperti daripada kata-kata lisah.

- advertisement -

Dalam drama ini mengisahkan 2 cerita utama iaitu watak Hawa yang menjadikan perkahwinan dengan Adam seperti satu permainan kehidupan.

Kemudian sebuah lagi jalan cerita berkenaan Erfhan dan Safiana yang menjelaskan bagaimana penderaan atau keganasan rumah tangga terhadap kaum wanita itu terjadi bagi pasangan perkahwinan

Episod : 7
Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Rozie Rashid
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin, Rahman Hamid dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Emma Maembong sebagai Hawa
  • Nadhir Nasar sebagai Erfhan
  • Shaza Bae sebagai Safiana

OST Drama

Tajuk Lagu : Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Penulis Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga

Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua cerita iaitu melibatkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa serta Erfhan dan Safiana.

Cerita ini bermula apabila Hawa dapat tahu yang kawanya, Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri.

Jadi Hawa membuat keputusan untuk bertegas dalam setiap perkara terutamanya berkaitan dengan suaminya serta untuk tidak tunduk sedikitpun pada Adam supaya tidak menjadi mangsa deraan.

Demi perkahwinannya, Hawa telah menetapkan sehingga tujuh syarat dalam perkahwinannya bersama Adam yang antaranya Adam terpaksa mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi syarat yang ditetakan oleh Hawa.

Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa atas perjanjian yang dilakukan oleh mereka.

Malang sekali bagi rakannya, Safiana apabila dia terus didera oleh suaminya, Erfhan baik dari segi emosi, fizikal dan seksual.

Patutkah mangsa seperti Safiana dan Adam terus bertahan dan kekal dalam hubungan dan perkahwinan masing-masing? Adakah pasangan mereka, Hawa dan Erfhan akan berubah pada akhirnya kelak?

  • nusyuz berkiblat cinta
  • nusyuz berkiblat cinta

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Nusyuz Berkiblat Cinta mulai 3 April 2022 yang akan disiarkan setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

Jika terlepas anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here