Saluran TV9 akan bawakan sebuah lagi drama komedi bertajuk Mr Millennium untuk tontonan seisi keluarga yang akan mula disiarkan pada 7 Disember 2021 menerusi slot Diandra bagi menggantikan drama Keluarga Untuk Disewa.
Drama ini sedikit berlainan apabila terdapat unsur sci-fi iaitu rentas masa daripada masa lampau kepada masa moden. Bagaimana agaknya riaksi apabila orang yang hidup di zaman dahulu tiba-tiba sampai ke zaman moden kan. Jadi kena tonton drama ini nanti.
Episod : 13
Pengarah : Azmi Hata
Idea Asal & Skrip : Panel Skrip MIG
Penerbit : David Teo
Produksi :MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Aqasha, Christina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman, Zarina Zainuddin, Nu’man Mohd Salleh dan ramai lagi.
- Aqasha sebagai JAMIL
- Cristina Suzanne sebagai MASTORA/QISTINA
- Esma Daniel sebagai DATO KING
- Ady Mohammad sebagai MAN TOBA
- Danial Amri sebagai BADUL
- Shukry Ramlee sebagai BUJAR
- Zarina Zainuddin sebagai MAK JENAB


OST Drama
Lagu Tema : Boom Bada Boom
Penyanyi : Erul Omar
Lagu : Shazee Ishak
Lirik : Shazee Ishak
Sinopsis Drama Mr Millennium
Drama Mr Millenium mengisahkan Jamil yang hidup pada zaman 60-an dimana dia hidup gembira bersama isterinya Mastora (zaman 60an). Di kampung itu, Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus bendul.
Jamil seorang yang kuat berangan, dia selalu memikirkan apa yang akan terjadi pada zaman akan datang. Suatu hari, Jamil terjumpa gelung misteri dan dia masuk ke gelung itu yang membawa Jamil ke zaman moden. Jamil rasa pelik kerana segalanya sangat berbeza.
Jamil melalui pelbagai pengalaman di zaman moden ini termasuk menyangkakan gadis cantik bernama Qistina itu ialah Mastora ketika muda. Apakah Jamil dapat hidup seperti biasa di zaman moden tersebut atau dia mampu untuk pulang ke zaman lampau?
Waktu Bersiaran
Jangan terlepas untuk saksikan drama Mr Millennium yang bersiaran setiap isnin hingga khamis jam 8.30 malam melalui slot Diandra di saluran TV9 bermula 7 Disember ini. Jika terlepas anda boleh tonton semula di Youtube Drama Sangat.