- advertisement -

Drama Mr Bibik akan mengisi slot Akasia bagi menggantikan drama sebelumnya Wifi Sebelah Rumah dan Semanis Senyumanmu yang akan mula disiarkan pada 29 Oktober 2021 di TV3.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Mr Bibik’ karya Aein Dhiyauddin yang diterbitkan pada tahun 2020

Episod : 20
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Natasya Farhana
Penerbit : Hasniza Nordin
Produksi : Saphire Screen Sdn.Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Dayang, Areeda, Anne Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik dan ramai lagi

mr bibik

Sinopsis Drama Mr Bibik

Drama Mr Bibik ini mengisahkan Aulia (Zara Zya) yang hampir mengamuk apabila rakan baiknya, Siti menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya.

- advertisement -

Biasanya Siti akan menghantar pembantu perempuan dan bukannya lelaki. Mujurlah Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika Aulia memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk bekerja.

Lelaki itu bernama Firas (Saharul Ridzwan) akan tetapi Aulia mengelarnya sebagai Mr. Bibik. Keadaan menjadi rumit apabila Firas datang kali kedua untuk membersihkan kondo milik Aulia.

Firas dan Aulia ditangkap oleh ayah dan tunangnya Aulia sendiri. Untuk memastikan nama keluarga terjaga, Tan Sri Hali yang merupakan ayah Aulia memaksa mereka berdua untuk berkahwin.

Aulia membantah cadangan ayahnya. Kerana ianya tidak setaraf. Firas juga enggan kerana Aulia tidak pandai membersihkan rumah sendiri.

Tetapi jodoh Firas dan Aulia kuat. Mereka akhirnya disatukan juga sebagai pasangan suami isteri. Jadi macam mana pula dengan bekas tunang Aulia iaitu Mukhriz?

  • mr bibik
  • mr bibik

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan drama Mr Bibik yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia saluran TV3 bermula 29 Oktober ini.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di aplikasi iQIYI Malaysia sejurus habis tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan 24 jam selepasnya secara percuma.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here