Jangan lupa untuk saksikan drama Mencari Kiblat Cinta bermula 7 Januari 2021 hanya di RTM TV Okey.

Drama terbaru RTM TV Okey untuk tahun 2021 bermula dengan tayangan drama Mencari Kiblat Cinta. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel ‘Mencari Kiblat Cinta‘ karya Anita Aruszi tahun 2021. Kali ini ianya dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Ali Reza dan ramai lagi

Tayangan : RTM TV Okey
Pengarah : Jo Yusof
Penerbit : NS Star Studio
Skrip : Sha Farhana
Pelakon : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Ali Reza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Dayana Roza, Raden Zaharatul, Zahrin Aris, Liza Rafar, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Hasnol, Ucop Cecupak dan Ramai Lagi

drama mencari kiblat cinta

OST Drama

Lagu – Semalam
Penyanyi – Aina Abdul

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira (Husna Mustaffa) dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff …lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman (Syazuwan Hassan), ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

Waktu Siaran

Jadi bermula 7 Januari 2021, jangan lupa saksikan drama Mencari Kiblat Cinta disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam hanya di RTM TV Okey (MYTV110 dan Astro CH146) untuk 26 episod. Jika terlepas, anda juga boleh tonton secara online di myklik.rtm.gov.my

BACA : MYKLIKRTM Bertukar Kepada RTM KLIK Bermula 1 Januari 2021

Tonton Semua Episod Drama Mencari Kiblat Cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here