- advertisement -

Ramadan kali ini anda akan disajikan dengan pelbagai rancangan dan drama menarik termasuk mini drama Menantu Mek Barber yang akan bersiaran mulai 3 April 2022 di saluran TV3.

BACA : Telefilem Derai Di TV3

Drama siri ini merupakan terbitan MIG Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Along Kamaludin dengan menampilkan pasangan suami isteri sebagai pelakon utama iaitu Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Episod : 5
Tayangan : TV3
Pengarah Along Kamaludin
Penerbit : Mejar (k) David Teo
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

- advertisement -
menantu mek barber

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Didie Alias, Syed Ali Murtadha, Nur Damia Danisha dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Fadzil Zahari sebagai Daniel
  • Yana Samsudin sebagai Marisa
  • Didie Alias sebagai Mek Som
  • Syed Ali Murtadha sebagai Rykal
  • Nur Damia Danisha sebagai Qisya
  • Nur Damia Danisha sebagai Lily

Sinopsis Drama Menantu Mek Barber

Drama Menantu Mek Barber mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Danial yang membawa anak kecilnya iaitu Qisya dan Rykal menetap di rumah kampung ibu mentua selepas kematian isteri.

Ibu mentuanya iaitu Mek Som membantu Danial membesarkan anak-anaknya sambil membantu Danial menguruskan sebuah kedai barber hipster yang popular yang menjadi tempat lepak orang-orang kampung.

Marisa pula seorang pekerja baru di kedai Barber milik Daniel tersebut tetapi hubungan mereka sentiasa dingin. Jika bertemu pasti ada sahaja yang ingin digaduhkan.

Dalam masa yang sama, anak-anak Daniel mula berasa selesa dan menjadi rapat dengan Marisa dan sepertinya mereka kini terjatuh cinta dibuai perasaan.

Apakah Marisa akan berkahwin dan menjadi menantu Mek Barber? Adakah anak-anak akan dapat ibu baru?

menantu mek barber

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Menantu Mek Barber yang akan bersiaran mulai 3 April, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3.

Selain itu, jika anda tidak sempat menonton di tv, anda boleh saksikan secara online di portal Tonton.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here