Sebuah drama tempatan melayu terbaru berjudul Mem Dan Bibik-Bibik akan mengisi slot Azalea yang akan menemui penonton bermula 4 April 2022 menerusi saluran di TV3.
BACA : Drama Menantu Mek Barber Di TV3
Sebuah drama berunsurkan komedi ini merupakan idea asal dan hasil nukilan skrip oleh MF Kencana dan Wan Saiful Shahrizan adalah sebagai pengarah dibawah produksi Mache All Star United Sdn. Bhd.
Episod : 20
Tayangan : Slot Azalea di TV3
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Idea Asal : MF Kencana
Penulis Skrip : MF Kencana
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.


Pelakon
Ramai pelakon-pelakon terkenal yang terlibat dalam drama Mem & Bibik-Bibik ini seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin Tengku Zara, Nabila Razali, Aprena Manrose, Iqran Dinzly, Adibah Noor, Ezlynn Ariffin, Bell Ngasri, Shakila Khoriri, Azza Elite, Marya Zuraida dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Rozita Che Wan sebagai Puan Tiny
- Zain Saidin sebagai Encik Hakimy
- Tengku Zara sebagai Nini
- Nabila Razali sebagai Bibik PHF Dr. Azira
- Aprena Menrose sebagai Bibik Mahani (NGO)
- Iqram Dinzly sebagai Bibik Boby
- Adibah Noor sebagai Bibik Mok
- Bell Ngasri sebagai Bibik Rocky
- Azza Elite sebagai Bibik Senior
- Shakila Khoriri sebagai Bibik Ram
Sinopsis Drama Mem Dan Bibik-Bibik
Drama Mem & Bibik-Bibik ini mengisahkan sebuah keluarga iaitu Encik Hakimy, Puan Tiny bersama anak kecilnya, Nini yang sering bertukar pembantu rumah mereka pada setiap dua minggu.
Ini kerana pembantu-pembantu rumah mereka sering menimbulkan masalah di rumah dan juga kawasan kejiranan sehingga menjadi tidak selesai.


Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama Mem & Bibik-Bibik mulai 4 April ini yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 2.00 petang di slot Azalea di TV3.
Selain itu, anda juga boleh stim atau saksikan secara online menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my