Disney+ Hotstar telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun yang lalu dan pada hari tersebut juga, pengguna di Malaysia boleh mula langgan dengan 1 harga (RM54.90) bagi tempoh 3 bulan dan juga langgan menggunakan Astro dengan penambahan RM5 sahaja untuk Movie Pack.
Selain di Malaysia, Disney+ Hotstar ini sebenarnya sudah ada di negara lain juga seperti di India dan Indonesia serta terbaru di Thailand. Tetapi yang membezakan kandungan di Malaysia dengan negara lain adalah terdapatnya kandungan drama melayu tempatan.
Jadi selain daripada kandungan Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta National Geographic, terdapat juga kandungan tempatan termasuklah drama-drama melayu. Jadi penontonnya pastinya pelbagai bagi platform penstriman ini.
Kandungan Drama Melayu Dalam Disney+ Hotstar
Daripada senarai drama ini, ada yang sedang ditayangkan di TV3 dan ada juga yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Jadi setakat Jun ini, berikut merupakan drama melayu yang ada dalam
1Kekasih Hati Mr Bodyguard


Drama ini sedang ditayangkan di TV3 bagi slot Lestary. Jadi selain daripada menonton di TV, anda juga boleh strim secara online di Disney+ Hotstar secara On Demand pada bila-bila masa tanpa gangguan iklan.
2Single Terlalu Lama


Drama Single Terlalu Lama ini juga sedang ditayangkan di TV3 pada slot Drama Pukul 6 yang ditayangkan setiap Isnin hingga khamis jam 6 petang. Jika terlepas di tv, boleh strim secara online sahaja.
3Wifi Sebelah Rumah


Untuk drama Wifi Sebelah Rumah, setakat ini masih tiada tarikh rasmi adakah ianya akan ditayangkan di tv atau khusus kepada kandungan Disney+ Hotstar ini seperti drama selepas ini.
4Semanis Senyumanmu


Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha boleh ditonton untuk 16 episod di platform online. Ianya merupakan drama eksklusif Disney+ Original yang tiada tayangan di tempat lain.
Diharap selepas ini, lebih banyak drama melayu dimasukkan kedalam Disney+ Hotstar terutamanya bagi mereka yang tidak sempat menonton di TV.