- advertisement -

Anda kini boleh tonton semula drama Meh Sandar Lagi yang disiarkan di TV3 bermula pada 24 Mac 2021. Cerita ini pernah disiarkan pada tahun 2017 di slot Akasia TV3.

Drama romantik komedi ini menampilkan pelakon jelita Mira Filza bersama-sama dengan Aliff Aziz. Untuk pengetahuan, drama ini telah menjadi drama paling pendek iaitu sebanyak 8 episod sahaja yang pernah disiarkan di slot Akasia.

BACA : Slot Drama Pukul 6 : Tonton Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3

Tayangan : 8 episod di TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah dan Khairul Anwar Mat Noor
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Terbitan : Zeel Production Sdn.Bhd.
Pelakon : Mira Filzah, Aliff Aziz, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin dan ramai lagi.

- advertisement -
meh sandar lagi

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi

Drama Meh Sandar lagi mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

meh sandar lagi

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan drama ini yang disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, pukul 11 malam di TV3 mulai 24 Mac 2021. Tapi jangan risau, jika terlepas, anda masih lagi boleh tonton kesemua episod melalui Youtube Drama Sangat secara percuma.

Tonton Semua Episod Drama Meh Sandar Lagi

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here