Drama Masihd Ada Rindu akan menemui penonton bermula 2 Jun 2021 di slot Akasia TV3. Ianya disiarkan bagi mengisi slot daripada drama Sabarlah Duhai Hati sebelum ini. Selain di TV3, penonton juga boleh tonton di WeTV Malaysia.

Rasanya dah lama tak nampak Farid Kamil berlakon drama kan. Kali ini beliau kembali bergandingan bersama Mimi Lana. Drama ini juga merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Masih Ada Rindu’ karya Mimie Afinie yang telah diterbitkan pada tahun 2004.

Sempena tayangan drama ini, penulis novel tersebut ada mengeluarkan novel edisi kemaskini yang boleh anda dapatkan melalui website karangkrafmall atau melalui Shopee Karangkraf dan juga melalui whatsapp di 019-2297227

Episod : 16
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Nazam Anas
Penerbit : Azlina Hj. Abd Wahid
Produksi : Nuansa Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Farid Kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Kuna Muzani, Sri Idrina dan ramai lagi

masih ada rindu

OST Drama

Lagu Nada Kalbu daripada penyanyi Ainaa Abdul

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu

Drama Masih Ada Rindu mengisahkan Nurul Syafika (Mimi Lan) yang mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi (Farid Kamil) yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu. Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi..Apakah pengakhirannya Saksikan #masihadarindu

  • masih ada rindu
  • masih ada rindu

Waktu Siaran

Drama Masihd Ada Rindu akan mula bersiaran pada 2 Jun ini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim secara percuma menerusi aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip secara percuma pada pukul 8.00 malam sejurus selepas habis tayangan di tv.

Tonton Full Episod Drama Masih Ada Rindu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here