Slot Drama Okey kali ini membawakan sebuah drama melayu terbaru tempatan berjudul Maryam Qistina yang akan bersiaran bermula 4 Januari 2022 di siaran RTM TV Okey.
BACA : Saksikan Drama Dayang Senandung Di TV Okey
Sebuah naskhah terbaru daripada Mufid Suhaimi yang diarahkan oleh Saiful Zul-Arief Mohd Karib dengan penghasilan skrip daripada Syafie, Anoy Poey dan AV Team sendiri.
Episod : 26
Pengarah : Saiful Zul-Arief Mohd Kharib
Idea Asal : Mufid Suhaimi
Penulis Skrip : Syafiq Shafie, Anoy Poey & AV Team
Penerbit : Sarah Azif dan Syamsinar Radzi
Produksi : Lockframe Sdn. Bhd.


Pelakon & Watak
Antara pelakon yang membarisi drama ini seperti Eleena Sui, Ikhram Juhari, Aisha Illias Aida Khaleeda, Jesse Lim, Aisyah Atan, Akhmal Nazri, Aliza Syahdan dan ramai lagi
- Eleena Sui sebagai Maryam Qistina
- Ikhram Juhari sebagai Adam
- Aisha Illias sebagai Kirana
- Ikhmal Naszi sebagai Fariz
- Aida Khaleeda sebagai Puan Sri Sharifah
OST Drama
Judul : Takkan Berubah
Penyanyi : Sufian Suhaimi & Amira Othman
Komposer : Farouk Roman
Penulis Lirik : Amylea
Sinopsis Drama Maryam Qistina
Drama Maryam Qistina mengisahkan kekuatan Qistina mengharungi kehidupan sehari-hari sebagai seorang wanita bekerjaya bersama suami dan anak-anak tercinta.
Namun begitu, perjalanan hidup Maryam Qistina tidaklah seindah yang disangka apabila dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai ringtangan dan halangan disekelilingnya dek ketamakan harta dan nafsu manusia.
Jadi beliau terpaksa menjaga keluarga disamping harungi ranjau yang menimpanya. Berjaya Qistina menyelamatkan keluarga dan kerjayanya? Jangan lupa tonton drama ini sehingga habis.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama Maryam Qistina setiap hari Selasa hingga Sabtu, jam 2.30 petang di slot Drama Okey di siaran RTM TV Okey CH146 (Astro) dan CH110 (Mufreeview).
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iait rtmklik.rtm.gov.my . Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.