- advertisement -

Drama terbaru, Madam E-Wallet akan menemui penonton bermula 13 April 2021 melalui slot Drama Pukul 6. Rasanya slot ini sudah lama tidak muncul di TV yang mana kali terakhir adalah melalui Drama Isteri Misteri yang ketika itu juga turut disiarkan di platform penstriman Viu.

Drama ini menampilkan gandingan penyanyi hebat yang juga hebat di bidang lakonan iaitu Ning Baizura dan Ziana Zain. Nak tengok bagaimana kekwatnya watak Ning Baizura, kena tengok drama ini

- advertisement -

Episod : 13
Tayangan : Slot Drama Pukul 6 di TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Ziana Zain, Ning Baizura, Azzahra Ahmad, Hasnul Rahmat, Nynaa Harizal, Anas Ridzuan, Mathni Ab Raza, Zoey Rahman, Daniel Fon, Fara, Shiha Zikir, Reza Hasbi, Zul Huzaimy, Enot, Khatijah Tan Razak Ahmad dan ramai lagi

madam e-wallet

Sinopsis Drama Madam E-Wallet

Drama ini mengisahkan peristiwa selepas Siti Asmidar (Ziana Zain), usahawan kicap berjaya yang telah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung yang bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur.

Disinilah beliau berjumpa dengan Dato’ Qistina (Ning Baizura) yang merupakan usahawan produk kosmetik berjaya dan terkenal. Akan tetapi beliau begitu kekwat dan kedekut ilmu terhadap usahawan kampung tersebut. Dalam masa yang sama juga mula mengenali dunia usahawan secara digital. Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Jangan lupa saksikan drama Madam E Wallet…

Waktu Bersiaran

Jadi sambil menunggu waktu berbuka, boleh saksikan drama Madam E-Wallet yang disiarkan setiap Isnin hingga Khami, pukul 6 petang melalui slot Drama Pukul 6 di TV3. Boleh juga tonton secara online di Tonton.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here