- advertisement -

Sekali lagi kita akan dihidangkan dengan sebuah drama siri yang menceritakan kehidupan ketika pandemik dan lockdown iaitu berjudul Love In Lockdown yang akan bersiaran bermula 20 Februari 2022 secara ekskusif di Sooka.

BACA : Astro Melancarkan Platform Penstriman Sooka Dengan Plan VIP Bermula Rm15.90/Sebulan

Naskhah ini merupakan kandungan pertama, Sooka Originals aplikasi aplikasi tersebut dimana bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar, Sara Mac dan ramai lagi.

Dari cerita arahan Mai Fernandez ini, penonton boleh ‘throwback’ kembali ketika negara mula-mula diserang pandemik sekali gus negara terpaksa berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Lockdown selama berbulan-bulan.

- advertisement -

Bukan itu sahaja, Love In Lockdown juga akan menceritakan tentang pengorbanan frontliner terutamanya doktor dan nurse yang bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit walaupun dalam keadaan risiko yang tinggi.

Episod : 10
Tayangan : Sooka (Originals)
Pengarah : Mai Fernandez
Produksi : Phosumpro Sdn. Bhd.

love in lockdown

Barisan Pelakon

Siri Love In Lockdown menampilkan pelakon seperti Siti Saleha, Shah Iskandar, Julia Farhana, Esma Daniel, Bella Rahim, Sara Mack Lubis, Ahmad Adly Sofwan, Amir Nafis, Gen Darwish dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Siti Saleha sebagai Suzanna
  • Julia Farhana sebagai Kara
  • Sara Mack Lubis sebagai Hani
  • Shah Iskandar sebagai Nizam
  • Esma Daniel sebagai Rahman
  • Bella Rahim sebagai Bella
  • Gen Darwish sebagai Joe

Sinopsis Drama Love In Lockdow

Drama siri Love In Lockdown mengisahkan tentang kehidupan 6 individu dalam 1 keluarga yang terpaksa lalui keserabutan pandemik. Tapi dalam riuh rendah kuarantin, sinar harapan dan kasih sayang tetap utung dan going strong.

Selain itu, ianya juga mengisahkan seorang ibu dan dalam masa yang sama sebagai seorang frontliner iaitu Dr. Suzanna dalam menguruskan riuh rendah kuarantin keluarganya.

love in lockdown

Waktu Bersiaran

Drama Love In Lockdown akan bersiaran setiap hari Ahad mulai 20 Februari 2022 yang disiarkan secara eksklusif di Sooka (sooka.my) atau melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Anda boleh saksikan 2 episod pertama secara PERCUMA dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP Sooka pada harga RM15.90 sebulan atau Pelan VIP+Sports pada harga RM41.90 sebulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here