- advertisement -

Drama Love Elsa akan mengisi slot Megadrama selepas tamat drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang telah menjadi fenomena seterusnya merupakan drama no 1 di Malaysia pada tahun ini. Love Elsa akan ditayangkan di Astro Ria bermula 15 Jun 2021 melalui slot Megadrama.

Love Elsa juga merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Acik Lana yang diterbitkan pada tahun 2018. Kata pengarahnya, drama ini akan menggabungkan dua siri novel tersebut ke dalam satu drama. Sama atau tidak, kena tonton Love Elsa nanti.

love elsa

Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Adia Khan dan Mamu Vies
Produksi : Juita Viden Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Mona Allen, Zeera Azizi, Ramona Zam Zam, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Badrul Muhayat, Azhar Amir, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

  • Zul Ariffin sebagai RIDZA KIM
  • Uyaina Arshad sebagai AMMARA
  • Mona Allen sebagai MADAM QISTINA
  • Zeera Azizi sebagai SOFEA
  • Romana Zam Zam sebagai RAMONA
  • Riz Amin sebagai KAMARUL

OST Drama

Lagu : Ika Noh (It’s You)
Penyanyi : Marsha Milan feat Fanzi Ruji

- advertisement -
love elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

Love Elsa mengisahkan Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara kembali pada zaman silam orang yang disentuhnya.

Kesan sentuhan tersebut Ammara akan jatuh sakit untuk beberapa hari. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ini supaya tidak berlaku lagi apa-apa sentuhan tersebut.

love elsa

Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri. Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara.

Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki tersebut dimana ada berlaku satu kes pembunuhan. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah kelebihan yang dimiliki oleh Ammara tersebut dapat membantu Ridza Kim untuk menyelesaikan masalah ini? Atau ada apa-apa kejadian lain terjadi? Saksikan Love Elsa di Astro Ria.

  • love elsa
  • love elsa

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua episod drama Love Elsa yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria di saluran 104. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Untuk bukan pelanggan Astro, anda boleh strim menggunakan aplikasi Sooka yang boleh dilanggan dengan harga serendah RM15.90 sebulan untuk pakej VIP.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here