Sebuah drama siri melayu Malaysia 2021 bertajuk Lockdown akan bersiaran bermula 26 Jun 2021 menerusi saluran Astro Ria. Drama ini menggantikan cerita sebelumnya Ratu Ten Pin dalam slot yang sama.

Lockdown dibuat berdasarkan kisah benar yang berlaku di negara kita ketika tempoh PKP dilaksanakan pada tahun 2020 yang lepas.

Drama ini merupakan sebuah bkarya arahan Mohd Fazly Yahya dengan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syafiq Kyle, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Karya/Penerbit : Eirma Fatima & Rumah Karya Citra
Produksi : U2 Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Nabila Huda, Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Izzue Islam, Kaka Azraff, Zara Zya, Sara, Ali, Fahrin Ahmad, Marisa Yasmin, Aishah Azman, Mimi Lana, Amerul Affendi, Anne Abdullah dan ramai lagi

lockdown

Sinopsis Drama Lockdown

Drama Lockdown mengisahkan tentang kehidupan masyarakat tempatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan ketika tahun 2020 berikutan kes wabak COVID-19 melanda negara.

Pelbagai kisah menarik dan menyayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP.

Waktu Siaran

Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria saluran 104 bermula 26 Jun ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here