- advertisement -

TV3 telah memperkenalkan satu slot drama baru iaitu Cempaka dan untuk yang pertama, drama Lelakimu Yang Dulu akan mengisi slot ini iaitu bermula 2 Ogos 2021.

BACA :  TV3 Perkenalkan Slot Terbaru, Cempaka Bagi Drama Siri Popular Bermula Ogos Ini

- advertisement -

Slot Cempaka sama juga seperti slot drama siri Malaysia yang lain seperti Akasia, Lestary dan Samarinda yang memainkan drama hebat untuk semua penonton tv3.

Akan tetapi, drama Lelakimu Yang Dulu ini bukanlah drama baru kerana ianya pernah disiarkan pada tahun 2019. Jadi kali ini adalah drama ulang siar sahaja.

lelakimu yang dulu

Drama cinta kekeluargaan ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Lelakimu Yang Dulu‘ hasil nukilan daripada Farah Darianna yang diterbitkan pada tahun 2018.

Episod : 28
Tayangan : Slot Cempaka TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : PGRS Team, Chinta Nadeesha, Rozie Rashid & Amka Ahmad
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Nadia Brian, Ungku Hariz, Reen Rahim, Syafnida Shuhaimi, Razzuan Rosli, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Dian P. Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong dan ramai lagi

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul Izzuddin
  • Nelydia Senrose sebagai Daliya
  • Redza Rosli sebagai Nazli
  • Nadia Brian sebagai Zana
  • Ungku Hariz sebagai Idlan
  • Reen Rahim sebagai Faiqa
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
  • Razzuan Rosli sebagai Ikhwan
  • Azizah Mahzan sebagai Maryam
  • Jalaluddin Hassan sebagai Haji Fuad
  • Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian
  • Rosnah Johari sebagai Ibu Hazrul
  • Hamidah Wahab sebagai Umi
  • Tash Yong sebagai Marina
lelakimu yang dulu

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

lelakimu yang dulu

Waktu Siaran

Biasa kita tonton drama waktu malam kan. Kali ini melalui slot Cempaka, anda akan tonton drama pada waktu pagi. Slot Cempaka bagi drama Lelakimu Yang Dulu akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi di TV3.

Disebabkan ianya drama ulang siar, anda juga boleh tonton semula semua episod drama ini menerusi Youtube Drama Sangat.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here