Jangan lupa saksikan drama Ku Punya Hati yang akan menemui penonton bermulai 4 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan secara online di Disney+ Hotstar.
Drama ini disiarkan bagi menggantikan cerita sebelumnya iaitu Risik Pada Hati yang telah tamat pada 3 Ogos yang lalu.
Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 4 Ogos 2022 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Idea Asal : Pouvin
Penulis Skrip : Pouvin dan Tommy Loh
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Nabil Aqil, Sharifah Rose, Luqman Hafidz, Alya Iman, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Salina Saibi, Syefikk, Wan Nor Azlin, Hafidz Roshdi, Zila Bakarin, Azri Iskandar, Nina Nadira, Kirana Batrisyia, Ainin Batrisya, Ieda Moin, Silfeny Osman dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nabil Aqil sebagai Noah
- Sharifah Rose sebagai Rashidah
- Alya Iman sebagai Trisha
- Luqman Hafidz sebagai Rezza
- Cahaya Nilam sebagai Jess
- Sera Melissa sebagai Sofea
- Salina Saibi sebagai Intan
- Syefikk sebagai Ucop
- Ainin Batrisya sebagai Airis
- Zila Bakarin sebagai Puan Faridah
- Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad
- Silfeny Osman sebagai Mia
Sinopsis Drama Ku Punya Hati
Drama Ku Punya Hati mengisahkan tentang Noah dan Rashidah yang telah bersetuju untuk merahsiakan percintaan mereka daripada orang lain bagi melaksanakan tanggungjawab profesional mereka.
Rashidah bagaimanapun berasa terperangkap dan patah hati akibat perlakuan yang dialami oleh keluarga Noah, yang menganggapnya sebagai orang luar di rumah mereka, walaupun hubungan suci mereka secara rahsia.
Masalah berlaku dalam hubungan Noah dan Rashidah yang menyebabkan ia rosak sebaik sahaja rahsia mereka terbongkar kepada orang lain di sekeliling mereka.
Mampukah mereka berdua melepasi halangan yang dilalui? Bolehkah Noah dan Rashidah mendamaikan perbezaan mereka dan hidup bahagia bersama?