- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my

Drama yang diadaptasi daripada novel ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ karya Wawa Akil ini bakal bersiaran bagi menggantikan drama Kerana Cinta Itu Ada.

Episod : 28
Tarikh : Mulai 6 Februari 2023 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Mimie Zakaria dan Farah Izzati
Pengarah : Osman Ali dan Yus Yusof
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Sophia Al-Barakbah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah, Halim Radzi, Letchumi Sandraj, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Kuna Muzani,Shahidan Izwan, Hilal Azman, Zack Zabhas dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Sophia Al-Barakbah sebagai Raisya Hannah
  • Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
  • Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
  • Jasmine Suraya sebagai Maira
  • Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
  • Didi Astillah sebagai Aqilah
  • Halim Radzi sebagai Haikal
  • Letchumi Sandraj sebagai Reena
  • Jasper Supayah sebagai Najia
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Kisah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bermula apabila Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here