Slot Lestary diteruskan lagi dengan sebuah drama baru, drama Kisah Cinta Rumi akan menemui penonton bermula 24 April di TV3 dan platform online WeTV Malaysia.
Drama bersiri televisyen Malaysia terbaru ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara pasangan yang mempunyai dua status sosial yang berbiza. Dibintangi oleh Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose dan ramai lagi.
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Idea Asal : Raja Azidah Raja Jaafar
Produksi : Creative Skill Solution
Barisan Pelakon
Drama Kisah Cinta Rumi dibarisi pelakon pelakon seperti Khai Bahar, Riena Diana, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Sharifah Rose, Cahaya Nilam, Gen Darwish, Noniswara, Louisa Alissa Chong dan ramai lagi.
- Khai Bahar sebagai MIKA
- Riena Diana sebagai RUNI
- Sharifah Rose sebagai ZAHRA
- Hariz Hamdan sebagai ZAFRIL
- Dynas Mokhtar sebagai HANIZA
- Cahaya Nilam as RAIHANA
- Gen Darwish sebagai ADDIN


OST Drama
Lagu : Hilang Gelita
Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : Khai Bahar
Lirik : Rozisangdewi
Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi
Kisah Cinta Rumi mengisahkan Mika diajar ayahnya, Mahmud untuk mencari sumber pendapatan dengan apa jua cara. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak nakal.
Manakala Runisa, gadis yang berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status.
Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa membabitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza iaitu ibu kepada Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.
Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Saksikan cerita penuh Drama Kicah Cinta Rumi di TV3
Waktu Tayangan
Kisah Cinta Rumi akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 mulai 24 April ini.
Anda juga boleh langgan WeTV untuk menonton drama ini yang disiarkan melalui aplikasi WeTV Malaysia atau menerusi laman web www.wetv.vip. Ianya akan disiarkan sejurus selepas habis tayangan di TV, jam 10.00 malam
Outside msia cannot download the program is it