- advertisement -

Sebuah drama baharu bertajuk Khilaf Asmara akan menemui penonton mulai 18 April 2022 menerusi slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar bagi menggantikan Hati Memilih Dia.

Drama bersiri (bukan adaptasi) ini diterbitkan oleh Radius One Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh pengarah Uchee Fukada dengan penulisan skrip jalan cerita oleh Uchee Fukada sendiri bersama Siti Jasmina.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Uchee Fukada
Penulis Skrip : Siti Jasmina & Uchee Fukada
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

khilaf asmara

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi Khilaf Asmara ialah Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Fahrin Ahmad sebagai Aizad
  • Fasha Sandha sebagai Hanim
  • Nelydia Senrose sebagai Irma
  • Fattah Amin sebagai Luqman

OST Drama

Tajuk Lagu : Melepaskanmu
Penyanyi : Amylea
Komposer : Amylea
Penulis Lirik : Amylea

Sinopsis Drama Khilaf Asmara

Drama Khilaf Asmara mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri yang bahagia pada awalnya iaitu Aizad dan Hanim.

Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Manakala Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi.

Pada suatu hari, Hanim telah membuat keputusan untuk menceburi bidang bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya iaitu Irma yang juga seorang pengusaha yang menjalankan bisnes dan telah berjaya bersama suaminya, Luqman.

Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan terhadap Luqman. Bermula dari itu, mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia mereka terbongkat, Luqman kembali kepada pangkuang isterinya.

Luqman tidak bersikap serius dan tidak pernah mencintai Hanim sebenarnya. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?

  • khilaf asmara
  • khilaf asmara

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk saksikan drama Khilaf Asmara bermula 18 April ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan di www.hotstar.com/my atau menerusi aplikasi Disney+ di Play Store atau App Store

Tonton Full Online Drama Khilaf Asmara

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here