- advertisement -

Sempena bulan Ramadan ini, penyiar rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sebuah drama terbaru Kerana Hafsanya Setia yang akan bersiaran mulai 3 April 2022 menerusi slot khas Citrus Ramadan di TV1.

BACA : Telefilem Aku Pilih Bahagia Di TV1

Drama siri arahan duo Khir Rahman dan Zainorshisyam Samudin ini merupakan adaptasi novel ‘Lelaki Januari’ karya Hafizah Iszahanid dan kini diterbitkan dalam drama oleh produksi Eccentro Distro dan Gambo TV

Episod : 26
Tayangan : Slot Khas Citrus Ramadan di TV1
Pengarah : Khir Rahman & Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Produksi : Eccentrao Distro & Gambo TV

- advertisement -
kerana hafsanya setia

Pelakon

Antara pelakon Malaysia yang membintangi drama ini ialah Azrel Ismail, Mona Ellen, Octovia Menrose, Daler Yusuf, Fauziah Nawi, Abby Nadzri, Asmidar, Hamidah Wahab, Mak Wan, Ameerul Asyraf, Shazman Isaac, Atoi Tohet, Nisa Rissa dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Dr Ali Syukri
  • Mona Allen sebagai Delilah
  • Oktovia Manrose sebagai Wairah
  • Daler Yusuf sebagai Hud Sulaiman
  • Fauziah Nawi sebagai Faridah
  • Abby Nadzri sebagai Kak Jun
  • Mak Wanju sebagai Mak Som
  • Asmidar sebagai Mona
  • Ameerul Asyraf sebagai Dr Azmi
  • Nisa Rissa sebagai Dayana
  • Atoi Tohet sebagai Azri

Sinopsis Drama Kerana Hafsanya Setia

Drama Kerana Hafsanya Setia mengisahkan tentang Delilah dan Dr Ali Syukri@Ali yang melayari samudera perkahwinan pada usia muda, tetapi akhirnya diduga dengan perceraian kerana kehidiran orang ketiga.

Disebabkan itu Delaila membawa diri ke luar negara yang mana dia ingin mulakan hidup baru bagi melupakan segala kisah silamnya yang pasti menghantui sepanjang perjalanan kehidupan

12 tahun kemudian, seakan kisah mereka bermula kembali apabila pertemuan terjadi di New York. Ianya seolah-olah memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta mereka kembali, Delaila dan Ali Syukri.

Adakah mereka akan kecapi semula kebahagian seperti sebelumnya? Adakah kenangan dan cinta mereka akan menyatukan mereka atau mahu terus melangkah ke hadapan?

  • kerana hafsanya setia
  • kerana hafsanya setia
  • kerana hafsanya setia

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Kerana Hafsanya Setia mulai 3 April ini, setiap hari Sabtu hingga Khamis pada jam 12.05 tengah hari menerusi slot Sitrus Ramadan yang disiarkan di TV1.

Selain itu, anda boleh saksikan secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih dengan muat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here