- advertisement -

Slot Lestary diteruskan lagi dan kali ini drama terbaru tempatan Kerana Dia Suka akan mengisi slot tersebut bagi menggantikan Cinta Amnesia yang akan bersiaran mulai 9 Mac 2022 di TV3 dan Disney+ Hotstar.

Drama ini merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, Kerana Dia Suka karya Marissa dengan menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Nasha Aziz dan ramai lagi.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi & Next Scene Team
Penerbit : Norazhar Baharudin
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

kerana dia suka

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma, Zain Saidin dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah
  • Fendi London sebagai Haji Budin
  • Riz Amin sebagai Ijoi
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Ezany Nizarif sebagai Dato Zack
  • Marisa Yasmin sebagai Datin Frida
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Zain Saidin sebagai En Khalid

OST Drama

Judul : Kan Kan
Penyanyi : Zarol Zarif
Komposer : Cat Farish & Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Zarol Zarif & Amri Aziz

Sinopsis Drama Kerana Dia Suka

Drama Kerana Dia Suka mengisahkan tentang Wardina yang membawa diri setelah tunangnya ditangkap khalwat dengan Aida walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam merawat kekecewaan hati kerana perilaku tunangya, Wardina telah bertemu dengan Idham ketika membawa diri ke tempat orang dan lama-kelamaan dia selesa berkawan dan mula suka dengan lelaki tersebut.

Namun begitu, Wardina terpaksa melupakan perhubungan mereka setelah mengetahui Idham sebenarnya tunangan orang. Jadi Wardina membuat keputusan untuk tidak mahu merampas hak orang lain dan dalam masa yang sama Idham tetap juga mengejar dirinya.

Adakah Idham akan memutuskan hubungan dengan tunangnya demi mendapatkan Wardina? Adakah Wardina akan menemui kebahagian pada akhirnya?

  • kerana dia suka
  • Kerana Dia Suka TV3
  • kerana dia suka

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan semua episod drama Kerana Dia Suka mulai 9 Mac ini, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary di TV3.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di Disney+ Hostar di www.hotstar.com/my atau menerusi aplikasi Disney+ yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store. Langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here