- advertisement -

Mulai 16 Mei 2022, saksikan drama siri terbaru Kerana Aku Isteri Bidaan yang akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan secara online di www.iq.com

Drama yang menggantikan Khilaf Asmara ini merupakan drama adaptasi novel Kerana Aku Isteri Bidaan karya Tulip Ungu yang mana menampilkan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea sebagai watak utama.

Episod : 29
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI Malaysia
Waktu : Mulai 16 Mei 2022 (Isnin-Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Rahim Zali
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon dan artis yang membintangi drama siri ini ialah Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Dato Jalaludin Hassan, Esma Daniel, Silfeni Osman, Syafnida Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Hazeeq Dean, Ellyas Abdullah, Lydiawati, Wan Ahmad, Jasper Supayah, Cayaha Nilam, Ismail Yaacob dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Scha Elinnea sebagai Raina Badrina
  • Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Dato Arbain
  • Esma Daniel sebagai Dato Malek
  • Silfeni Osman sebagai Miara
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Riyanita
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
  • Hazeeq Dean sebagai Hakim
  • Ellyas Abdullah sebagai Emad Al Faheed
  • Lydiawati sebagai Juwita
  • Wan Ahmad sebagai Aznor
  • Jasper Supayah sebagai Nana

Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan mengisahkan tentang Riana yang telah memfitnah Farel bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon yang mana akhirnya memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya.

Malang tidak berbau ditambah pula dengan Raina yang salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya ke rumah pelacuran untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.

Farel bertemu semula dengn Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Rainna dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar dann ingin kembali menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumahtangganya.

Apakah kesudahannya? Jangan lupa saksikan drama Kerana Aku Isteri Bidaan di TV3.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here