- advertisement -

Slot Diandra TV9 akan bawakan sebuah drama komedi terbaru untuk tahun 2021 bagi tontonan seisi keluarga bertajuk Keluarga Untuk Disewa bermula bersiaran 2 November 2021.

Drama ini merupakan arahan Raja Mukhriz dengan dibarisi pelakon hebat seperti Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimir Don dan ramai lagi.

- advertisement -

Keluarga Untuk Disewa boleh ditonton lebih awal melalui platform Disney+ Hotstar sebelum tayangan di tv9 pada malamnya. Jadi jika anda melanggan online streaming tersebut boleh saksikan beberapa jam lebih awal.

Episod : 20
Tayangan : Slot Diandra TV9 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Raja Mukhrin
Skrip : MF Kencana dan Ellyna Ahmad
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.
Pelakon : Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don, Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Najua Pramlee, Henzi Andalas, Ustaz Syamsul Debat, Cat Farish, Nabil Aqil, Puteri Lofea, Maria Tunku Sabri, Johan Asari dan ramai lagi

  • Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
  • Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
  • Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
  • Fifi Laura Olivia sebagai Aina
  • Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
  • Afifah Nasir sebagai Noraa / Anis
  • Pekin Ibrahim sebagai Din
  • Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
  • Sharifah Shahora sebagai Nurul
  • Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail
  • Cat Farish sebagai Rizman
  • Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul
keluarga untuk disewa

Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa

Drama Keluarga Untuk Disewa mengisahkan Puan Sri Maryam dimana beliau mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina.

Puan Sri Maryam mahu melantik mereka menjadi ‘keluarga sewa’ dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan. Mereka berempat bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari.

Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya. Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga.

‘Keluarga Sewa’ mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

  • keluarga untuk disewa
  • keluarga untuk disewa

Waktu Bersiaran

Drama siri Keluarga Untuk Disewa telah pun bersiaran bermula 2 November yang lalu. Ianya dimainkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam di slot Diandra TV9.

Selain itu, jika anda ingin tonton lebih awal atau ingin tonton berulang-ulang kali, anda boleh saksikan di platform Disney+ Hotstar dengan langganan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here