Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard merupakan sebuah drama melayu tempatan untuk tahun 2021. Drama ini akan mula disiarkan pada 15 Mei 2021 melalui slot Lestary di TV3.
Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard merupakan drama adapatasi novel dengan tajuk yang sama karya Ateen Khalid yang telah diterbitkan pada tahun 2021. Kini ianya diangkat kepada tontonan di kaca TV.
Drama ini juga menampilkan gandingan baru iaitu antara Redza Rosli dan seorang instafemous yang juga pelakon bagi drama sebelum ini Kisah Cinta Rumi iaitu Sharifa Rose. Kali ini beliau tampil sebagai watak utama pula dalam drama arahan Nizam Zakarian ini
Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nieza Zahar dan Hayati Ahmad
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon utama bagi drama ini ialah Redza Rosli, Sharifah Rose dan Ungku Hariz. Ianya turut dibantu oleh Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan dan ramai lagi
- Sharifah Rose Berlakon Sebagai Hana Aralyn
- Redza Rosli Berlakon Sebagai Hadif Akashah
- Ungku Hariz Berlakon Sebagai Naim
- Fadlan Hazim Berlakon Sebagai Farel Rizhan
- Lisdawati Berlakon Sebagai Puan Latifah
- Shasha Abedul Berlakon Sebagai Najwa
- Ikhwan Khairudin Berlakon Sebagai Idlan
- Putera Karl Berlakon Sebagai Umar
- Ezzanie Jasny Berlakon Sebagai Lola
- Munir Berlakon Sebagai Nizam


Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard
Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard mengisahkan Hana Aralyn yang menjejaki Hadif Akashah iaitu seorang bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya.
Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang.
Sepanjang misi tersebut, mereka berdua selalu bergaduh dan bertelagah namun lama-kelamaan perasaan dan bibit-bibit cinta mula hadir dalam hati masing-masing. Apakah yang berlaku seterusnya?
Waktu Siaran
Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 mulai 15 April ini. Jika tak sempat tonton di TV, anda boleh saksikan secara online di Tonton.
Drama ini kini disiarkan secara online melalui platform Disney+ Hotstar Malaysia bermula 1 Jun 2021. Boleh langgan RM54.90 untuk 3 bulan.