- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama terbaru Sooka Original berjudul Kau Vs Aku yang akan mula menemui penonton pada 19 Ogos 2022 menerusi aplikasi Sooka atau di laman web sooka.com.

Anda boleh tonton episod pertama secara percuma dan boleh ikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan VIP Entertaiment pada harga RM15.90 sebulan atau pelan VIP TV dengan harga RM42.50 sebulan.

Drama ini merupakan adaptasi daripada webnovel Wattpad dengan tajuk yang sama ‘Kau Vs Aku’ karya Nurul Husnina Binti Mockhtar (Shieyruna) yang telah mencatatkan lebih 2 juta bacaan menerusi platform tersebut.

Selain itu, naskah ini juga bekerjasama dengan pemainan atas talian battle royale PUBG Mobile yang mana jalan ceritanya berkait rapat dengan permainan online tersebut.

- advertisement -

Episod : 8
Tayangan : Sooka Original di Sooka
Tarikh : Mulai 19 Ogos 2022
Penulis Skrip : Anwar Hadi, Farah Alya As’ari & Afiza Asram
Pengarah : Shamyl Othman, Megat Shahrizal & Siti Afizah
Produksi : RedComm

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Imran Aqil, Mia Sara Shauki, Arena Wan, Atiqah Suhaime, Fimie Don, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Emelda Rosemila, Hafidz Roshdi, Danish Hazriq dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Arena Wan sebagai Syafiqah
  • Atiqah Suhaime sebagai Hannisya
  • Fimie Don sebagai Luqman
  • Marisa Yasmin Puan Shikin
  • Arash Mohd sebagai Encik Ridhuan
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Drama Kau Vs Aku

Drama Kau Vs Aku mengisahkan tentang remaja berumur 16 tahun yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis, akan tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang ;influencer’ Instagram yang dia selalu buli di dalam talian, berpindah ke sekolah yang sama.

Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan ‘influencer’ yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here