- advertisement -

Slot Samarinda diteruskan lagi dengan sebuah drama berjudul Kau Cipta Kasih yang akan mula bersiaran pada 13 Januari 2022 di TV3 dan platform penstriman Disney+ Hotstar. Ianya bagi menggantikan drama Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Kau Cipta Kasih’ karya Azilah Wahab diterbitkan pada tahun 2010. Ianya bakal menampilkan gandingan pelakon utama Nazim Othman dan Uyaina Arshad.

Episod : 15
Pengarah : Nazie Jamaludin
Penulis Skrip : Azlina Din dan Azilah Wahab
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.
Penerbit : Ziera Aziz
Pelakon : Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Sherie Merlis, Nafiz Muaz, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali dan ramai lagi

  • Nazim Othman sebagai Afiq
  • Uyaina Arshad sebagai Khadijah
  • Amanda Amry sebagai Hasnah
  • Fify Azmi sebagai Ramlah
  • Ikhram Juhari sebagai Haris
  • Nynaa Harizal sebagai Nelly
  • Izuan Razali sebagai Rashid
kau cipta kasih

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih

Drama Kau Cipta Kasih mengisahkan sebuah kisah masyarakat yang menyentuh hati, memaparkan pengorbanan dan ketabahan, kehidupan anak OKU yang tersisih.

- advertisement -

Selain itu, ianya juga menceritakan isteri yang didera, mangsa perkosaan dan kerakusan manusia yang tidak mengenal pahala dan dosa

Namun mereka tetap menyusuri kehidupan yang penuh cabaran. Mengharapkan kasih sayang dan kebahagiaan yang bakal menjelma.

  • kau cipta kasih
  • kau cipta kasih

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Kau Cipta Kasih setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda di TV3 bermula 13 Januari ini.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara striming dengan waktu lebih awal iaitu di platform Disney+ Hotstar dengan langganan RM54.90 untuk 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here