- advertisement -

Siaran televisyen Astro sekali lagi akan bawakan sebuah drama dari seberang iaitu negara Singapura berjudul Karipap Haiz bagi tontonan rakyat Malaysia bermula 29 Disember 2021 di Astro Ria bagi menggantikan drama Tikam.

Bagi yang tak tahu, baru-baru ini Karipap Haiz telah memenangi anugerah Program Asli Terbaik di dalam Asian Academu Creative Awards 2021. Jangan risau, drama ini adalah sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Episod : 6
Pengarah : M. Raihan Halim
Penulis Skrip : M. Raihan Halim
Penerbit : Syahirah Khamezi
Produksi : Papahan Film
Pelakon : Izzat Yusoff, Izyan Mellyna, Najib Soiman, Rishi Budhrani, Shane Mardjuki, Suhaillah Salam, Batrisya Soffian, Haslina Jaaman, Kavita Kaur, Sonia Chek dan ramai lagi.

Karipap Haiz

Sinopsis Drama Karipap Haiz

Kalau diberi pilihan, Haiz Salihin akan selalu memilih jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Dan apabila tercetusnya niat baru untuk merompak tempat judi haram di Jalan Teck Seng, Haiz percaya bahawa inilah peluang terakhir untuk dirinya bersara dengan senang seumur hidup.

- advertisement -

Dengan adiknya sebagai orang kuat, mereka mula menyatukan sekumpulan. Rancangannya mudah – buka kedai karipap berdekatan, gali jalan bawah tanah ke tempat judi, kosongkan duit-duit di dalam peti besi, selepas itu robohkan terowong tersebut. Dan tiada orang yang akan tahu siapa atau bagaimana tempat judi itu dirompak licin…

Tapi keadaan menjadi rumit apabila kedai karipap mereka mendapat perhatian dan menjadi kegilaan ramai! Dugaan demi dugaan yang harus Haiz lalui. Rancangan bijak yang mulanya kelihatan mudah, ternyata penuh dengan onak dan duri.

  • Karipap Haiz
  • Drama Karipap Haiz Astro Ria

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Karipap Haiz yang bersiaran setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria CH104. Boleh juga saksikan secara online di Astro Go.

Selain itu, disebabkan ianya adalah drama Singapura, anda juga boleh saksikan kesemua episod drama Karipap Haiz di website MEWATCH.SG atau klik pautan dibawah.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here