- advertisement -

Antara ilusi dan imaginasi. Drama Kanvas dengan genre thriller romantik akan menemui penonton bermula 3 Ogos 2021 menerusi saluran RTM Tv2. Sebuah drama siri terbaru Malaysia untuk tahun 2021.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Kanvas’ karya Ayumi Syafiqah yang diterbitkan pada tahun 2017 dan kini dilakonkan di kaca tv pula.

BACA : Saksikan Semua Episod Drama Ayat-Ayat Halal Di TV2 (Drama On 2)

Judul : Kanvas
Episod : 26
Pengarah : Amirul Fadhli
Skrip : Sofia J. Rhyland
Produksi : Nusantara Seri Karya Sdn. Bhd.
Pelakon : Ruhainies, Adam Lee, Ika Nabella, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Emelda Rosemila, Yuna Rahim dan ramai lagi

- advertisement -
drama kanvas

Sinopsis Drama Kanvas

Drama Kanvas mengisahkan Ed (Adam Lee), Lisa (Ika Nabella), Kara (Ruhainies) and Alzam (Eizlan Yusof) merupakan pelajar di sebuah universiti.

Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia ‘hidup’ hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya. Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed

kanvas

Waktu Bersiaran

Drama Kanvas akan bersiaran setiap isnin hingga sabtu, pukul 8.00 malam di Tv2 dan mula temui penonton di kaca tv pada 3 Ogos ini.

Anda boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my. Jadi jangan lupa untuk tonton kesemua episod.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here