Jangan lupa saksikan drama terbaru Kampung Mat Saleh mulai 18 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga strim HD secara online di watch.tonton.com.my.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi platform Disney+ Hotstar di aplikasi muda alih atau di web www.hotstar.com/my dengan melanggan RM34.90 untuk tempoh tiga bulan.
Drama yang bersiaran sebanyak 20 episod bagi menggantikan Sekali Aku Bahagia ini merupakan terbitan syarikat Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hashim Rejab dengan penulisan skrip daripada Azal Ezreen.
Episod : 20
Tayangan : Slot Sakura di TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 18 Mei 2023 (Isnin – Khamis)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Kampung Mat Saleh seperti Aiman Wynee, Nelissa Nizam, Fathil Dani, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Kamarul Eqifshah, Amy Nurtinie, Baelon, Kazar, Ieda Moin, IzzulFaiq, Mazli Razali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aiman Wynee sebagai Saleh/Faizal
- Nelissa Nizam sebagai Zana
- Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
- Wanns Ahmad sebagai Fitri
- Wanna Ali sebagai Bedah
- Kamarul Eqifshah Bulat
- Kazar sebagai Tuan Shakur
- Ieda Moin sebagai Makcik Restoran
Sinopsis Drama Kampung Mat Saleh
Drama Kampung Mat Saleh mengisahkan tentang Faizal yang bekerja sebagai ‘office boy’. Dia juga adalah jejaka yang berasal dari Kelantan. Namun, susuk fizikalnya persis orang Inggeris.
Pada suatu hari, Faizal telah diarahkan oleh bosnya untuk menghantar satu dokumen penting ke negeri Kedah. Penghantaran tersebut perlu dilaksanakan dengan segera. Ia hal penting!
Namun, dalam perjalanan ke negeri Jelapang Padi itu, Faizal terlibat dalam sebuah kemalangan. Malang lagi baginya, kepalanya telah terhentak di sebuah batu.
Penghulu kampung yang bernama Ali menjumpai Faizal yang berada dalam keadaan terbaring di tepi sawah. Dia telah memberi bantuan kepada Faizal supaya dia sedarkan diri.
Apabila sedar, Faizal telah lupa ingatan dan jati dirinya. Disebabkan nama juga dia tak ingat, Penghulu Ali memanggilkan Saleh. Bukan itu sahaja, dulu dia bertutur dalam dialek Kelantan dan kini mampu berbahasa Inggeris. Disebabkan itu, Penghulu Ali menganggapnya seorang Mat Saleh.
Penghulu Ali juga membawa Saleh pulang ke rumahnya untuk berubat. Zana, anak perempuan Penghulu Ali, juga membantu saleh untuk menyesuaikan dirinya di kawasan kampung. Apakah yang akan dilalui oleh Saleh di kampung ini?



